laporan insiden keselamatan kesihatan pekerjaan ilkkm sungai buloh

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ILKKM Sungai Buloh

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ILKKM Sungai Buloh

 

laporan insiden keselamatan kesihatan pekerjaan ilkkm sungai buloh

Laporkan insiden kemalangan anda pada link berikutĀ bit.do/oshreport

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Seksyen 4 Menyatakan bahawa tujuan Akta ini adalah

  1. untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
  2. untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
  3. untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
  4. untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.



Seksyen 24. Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.
(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja

  1. untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja ;
  2. untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ;
  3. untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mengegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya ; dan
  4. untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Pengunguman:

  1. Taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan (tanggungjawab pekerja) – 22/1/2018 (Auditorium ILKKM Sg Buloh)
Comments
  1. Zatul Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published.