Pengukuran Kecenderungan Memusat Epidemiologi dan Biostatistik

Pengukuran Kecenderungan Memusat Epidemiologi dan Biostatistik

Pengukuran Kecenderungan Memusat Epidemiologi dan Biostatistik

Dalam topik ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai apakah itu pengukuran kecenderungan memusat/ Measurement of central tendency (MCT).  Mengira nilai Min, Median, dan Mod bagi data tidak terkumpul dan data terkumpul. Data bagi analisis ini didapati disini

Terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. Min bagi data populasi (Ex/N)
  2. Min bagi data sample (Ex/n)

Median
Pengukuran titik tengah bacaan yang digunakan dalam aplikasi data yang tidak bertaburan secara normal. Terdapat 2 pengiraan utama melibatkan median bagi:

  1. Data tidak terkumpul (rumus = (n+1/2))
  2. Data berkumpul (M = L+(([N/2-cf]/f))xi)

Mod
Pengukuran data yang kerap dilaporkan dalam sesuatu tabulasi data. Melibatkan pengiraan data terkumpul dan tidak terkumpul seperti Median.

Video 1 – 5 (Penerangan Mengenai Kuliah Pengukuran Kecenderungan Memusat) – SOALAN LATIHAN KLIK DISINI

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN VIDEO DI YOUTUBE

 

Menginterpretasi Min, Median dan Mod

Memberi penerangan mengenai elemen interpretasi bagi nilai Min, Median dan Mod dalam kaedah grafik menggunakan graph.

  1. Min adalah satu pengukuran memusat bagi menterjemah data secara purata dalam sesuatu sampel atau populasi data penyiasatan ataupun kajian epidemiologi yang dijalankan. Min dapat memberikan makna yang lebih mendalam kerana ianya berkait secara langsung dengan keseluruhan sampel dan lebih mewakili nilai yang dibawa oleh nilain Min. Min juga diterjemahkan dalam konteks melihat kepada perbezaan yang wujud antara 2 kumpulan. Ini amat penting dalam mengetahui faktor persekitaran yang numerikal dalam identifikasi beza yang wujud. Sepanjang beza factor yang berlaku akan mencadangkan bahawa data berkenaan mempunyai perbezaan dan beza ini adalah indikasi faktor berkenaan terlibat mempengaruhi aspek beza min data itu tadi. Sebagai contoh, jika ada beza suhu badan lelaki dan wanita yang bersenam, ini bermaksud, faktor jantina menyebabkan berlaku perbezaan antara 2 kumpulan ini. Namun analisa min memerlukan andaian bahawa data yang dikumpul adalah data yang bertaburan secara normal. Apabila data normal maka analisa statistik parametrik dapat dijalankan.
  2. Median adalah pengukuran memusat yang menggunakan kaedah anggaran tabulasi data utama dalam kontek titik tengah. Data akan diberikan susunan menaik dan data yang berada pada titik tengah data akan dikira sebagai median. Median memberikan julat nilai yang agak serupa dengan Min, namun aplikasi median tidak setepat Min kerana median tidak menggagar sesuatu dari populasi. Median juga hanya digunakan sebagai alternatif jika data numerical yang dianalisa adalah tidak bertaburan secara normal. Analisa median memberikan taburan data yang lebih mewakili kepada format data seperti ordinal skale. Median digunakan dalam interpretasi numerical data yang tidak selanjar secara langsung, seperti penggunaan median 5 tahun dalam penyakit sewaktu penyiasatan wabak penyakit.
  3. Mod adalah satu pengukuran melihat kepada kecenderungan data bertaburan pada spesifik numerikal data. Ianya digunakan dalam membuat anggaran nilai maksimum yang cenderung direkodkan dari populasi atau sample. Data atau kaedah ini digunakan dalam merekodkan data nominal yang berkonsepkan kategorikal yang lebih sesuai bagi mengenalpasti kekerapan data spesifk yang wujuda dalam kajian epidemiology.

Kredit: Semua Pengajar Yang Pernah Mengajar Subjek Ini Sebelum Ini

Comments
  1. Mohd amiruddin
  2. admin
  3. Muhamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *