Ketegasan Haba, Heat Stress, Penilaian Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Haba adalah salah satu daripada aspek hazad fizikal yang wujud dalam tempat kerja. Haba dapat dipindahkan melalui pelbagai kaedah termasuklah secara konduksi, radiasi dan konveksi. Mengikut perundangan haba perlu dikawal pendedahan dan pembebasannya oleh majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan persekitaran terjamin.

Secara umumnya, undang-undang yang berkaitan dengan haba adalah seperti berikut:




AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP) 1994

Seksyen 15 (1) dan Seksyen 15 (2) (e) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menetapkan kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerja mereka. Pengadaan dan penyenggaraan persekitaran di tempat kerja bagi pekerja hendaklah setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan semasa bekerja.

AKTA KILANG DAN JENTERA (AKJ) 1967

Seksyen 22(d)(i) menetapkan peruntukan yang efektif dan sesuai hendaklah dibuat bagi menjamin dan menyenggara suhu bagi menjamin keselesaan dan untuk mencegah daripada kecederaan badan ke atas mana-mana orang yang diambil bekerja di kilang. Seksyen 22(d)(ii), Menteri boleh menetapkan satu standard suhu yang munasabah dan melarang penggunaan apa-apa kaedah untuk mengekalkan suhu yang munasabah, yang menurut pandangannya boleh menyebabkan kemudaratan.

Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan), 1970

Peraturan 28 (1) menetapkan jika pengendalian sesuatu jentera atau apa-apa proses menerbitkan haba berlebihan, Pemeriksa boleh menghendaki supaya peruntukan yang sesuai dibuat bagi mengurangkan kesannya ke atas seseorang pekerja setakat mana yang difikirkannya berpatutan dan praktik . Peraturan 28 (2) menetapkan jika Pemeriksa berpendapat bahawa suhu di dalam sesebuah kilang atau sebahagian daripadanya, terlampau tinggi, alat-alat yang cukup hendaklah disediakan untuk menyejukkan udara atau mewujudkan peredaran udara yang mencukupi, atau kedua-duanya, untuk mengurangkan suhu badan seseorang pekerja. Peraturan 28 (3) menetapkan jika sesuatu bangunan yang kesemuanya atau sebahagiannya dibina daripada bahan yang mempunyai koefisien transmisi haba yang tinggi dan terdedah kepada haba matahari, bahan itu hendaklah dilapisi dengan bahan penebat yang sesuai atau disalut dengan cat putih, kapur putih atau lain-lain bahan pembalik haba.




Gambaran Keseimbangan Termal

Perubahan termal badan manusia berlaku bergantung kepada keadaan dan aktiviti persekitaran. Bagi mengekalkan suhu dalaman badan di sekitar 36-37.5oC, perlu ada keseimbangan di antara jumlah haba yang dihasilkan dalam badan dengan pemindahan haba kepada atau daripadanya. Persamaan keseimbangan haba dinyatakan di bawah:

H = M – W = E + R + C + K + S di mana,

H= Keseimbangan haba

M= Pengeluaran haba metabolik

W= Kerja luaran

E= Penyejatan

R= Radiasi

C= Perolakan

K= Konduksi

S= Penyimpanan

Jumlah tegasan haba boleh dikurangkan dengan mengubah satu atau lebih daripada faktor di atas.

Video Kuliah Haba

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai aspek haba ini, sama2 kita saksikan video ini. Anda boleh dapatkan bahan bacaan dengan mengisi manklumat dibawah (Garispanduan Kawalan Haba)

Pendedahan Haba I




Pendedahan Haba II

 

Garispanduan Haba

Guideline on Heat StressĀ