Inspektor Kesihatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)

Maklumat Umum

Apakah itu inspektor kesihatan? Mereka merupakan seorang pegawai penguatkuasa bagi undang-undang Malaysia yang berkaitan Kesihatan Awam. Tugas utama Inspektor Kesihatan adalah berkaitan dengan penyiasatan, penguatkuasaan dan pengawalan risiko kesihatan awam. Mereka adalah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila telah tamat dan lulus dalam latihan yang disediakan oleh KKM. Kerjaya Inspektor Kesihatan (IK) atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor, kesihatan pekerjaan, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.




Sejarah Perjawatan

Secara sejarahnya, Inspektor Kesihatan (IK) bermula pada dengan gelaran Merinyu Kesihatan, cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama. Di KKM, Inspektor Kesihatan adalah diletakkan dibawah tanggungjawab Program Kesihatan Awam, KKM. Dengan perubahan zaman yang positif, skim ini telah ditambah baik dan tukar gelaran kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) pada tahun 1999 . Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam kementerian.

Secara umumnya, tanggungjawab seorang inspektor kesihatan atau PPKP adalah berada di dalam unit-unit dibawah seliaan pegawai atasan seperti berikut:

  1. Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP)
  2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit ( CDC, SURVELAN, TB/KUSTA, AIDS/STI)
  3. Unit Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
  4. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
  5. Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  6. Unit Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS)
  7. Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
  8. Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD : LSD & MessVip)
  9. Unit Kesihatan Antarabangsa (PMA)
  10. Unit Promosi Kesihatan (UPK)

Namun, dengan perubahan zaman dan relevensi, pelbagai tanggungjawab seorang inspektor kesihatan telah diwujudkan, bagi membolehkan mereka bersaing dalam peredaran masa yang mencabar.

Bersesuaian dengan Kajian Semula Kurikulum Latihan Inspektor Kesihatan di Malaysia, komponen latihan telah mengalami perubahan struktur fizikal. Latihan asas yang diperkenalkan oleh Institut Kesihatan Umumpada tahun 1975 telah dipindahkan ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh dan di Kolej Kesihatan Awam, Kuching Sarawak dan mulai saat itu sistem semester diperkenalkan menggantikan sistem penggal yang dianggap ketinggalan zaman.

Bermula sebagai Sanitary Inspector atau Town Board Inspector pada tahun 1960-an telah beralih kepada Merinyu Kesihatan atau Inspektor Kesihatan pada tahun 1980-an. Tahun 2002 menyaksikan nomenklautor Inspektor Kesihatan yang sangat disegani pada suatu masa dahulu digantikan dengan sebutan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran atau PPKP.




Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2005 bertarikh 1.1.2005: Skim Bersepadu Pegawai Kesihatan Persekitaran/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 27 Tahun 2005: Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36, U41/U42, U44, U48, U52, U54.

Di bawah skim ini, seseorang yang dilantik di gred U29 adalah layak dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi sehingga ke gred U54, apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

PERMOHONAN SEBAGAI INSPEKTOR KESIHATAN

Bagaimana Ingin Menjadi Inspektor Kesihatan (Klik Disini)

Latihan dan Silibus Inspektor Kesihatan Malaysia (Klik Disini)

BROCHURE Boleh didapati dengan berkongsi maklumat dibawah ini:

 

Artikel Mengenai Inspektor Kesihatan

Ujian reliability bagi pemeriksaan premis makanan