inspektor kesihatan penolong pegawai kesihatan persekitaran diploma

Latihan Inspektor Kesihatan penolong pegawai kesihatan persekitaran Kementerian Kesihatan Malaysia

Latihan Inspektor Kesihatan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Anda ingin menjadi salah seorang inspektor kesihatan? Ingin tahu apa yang dipelajari oleh seorang inspektor kesihatan? Skop-skop tugas seorang inspektor kesihatan? Kini anda boleh mengetahui semuanya disini. Latihan inspektor kesihatan adalah satu latihan khusus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah seliaa Bahagian Pengurusan Latihan (KKM). Ianya termasuk dalam kategori latihan pra-perkhidmatan latihan separa perubatan SPA. Dalam skim ini, anda dikehendaki untuk memohon melalui SPA dan kemudiannya melalui proses ujian online dan temuduga. Apabila telah berjaya melepasi saringan ini, anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian diperingkat diploma di seluruh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).




Dalam masa 3 tahun latihan Diploma Kesihatan Persekitaran, anda akan diberikan latihan teori dan praktikal mengenai subjek-subjek yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran, kawalan penyakit, epidemiologi dan banyak lagi. Contoh modul dan latihan yang akan anda lalui adalah seperti pada laman sesawang online learning berikut (Klik Disini). Dalam 3 tahun anda akan diberikan peluang menghadiri pelbagai latihan asas dan spesifik kepada kesihatan persekitaran seterusnya membolehkan anda berfungsi sebagai seorang PPKP atau Inspektor Kesihatan. Inspektor kesihatan adalah satu kerjaya yang sangat mencabar. Ianya memerlukan kekuatan mental dan daya pemikiran yang kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Tugas-tugas inspektor kesihatan dapat diringkaskan dalam ruangan ini (Klik Disini). Selain itu, setelah menjalani latihan dan menjalankan tugas sebagai PPKP/ inspektor kesihatan anda berpeluang bagi meneruskan pengajian diperingkat ijazah, sarjana dan PhD.

Pengajian 3 tahun anda sebagai pelatih PPKP akan diringkaskan kepada beberapa bahagian:

  • Latihan Teori dan Amali
  • Latihan Amali di Lapangan

Latihan-latihan teori ini merangkumi subjek sains asas, kemahiran berfikir, subjek wajib institut dan latihan spesifik bagi kerjaya PPKP. Antara subjek yang akan anda pelajari secara khusus adalah seperti berikut:

  1. Epidemiology and biostatistics (Epidemiologi, Biostatistik dan Kawalan Penyakit)
  2. Environmental toxicology, health impacts and risk assessment (Toksikologi, Impak Kesihatan dan Penilaian Risiko)
  3. Built environment and environmental technology (Teknolohi Persekitaran dan Bangunan)
  4. Ethics, law and enforcement of appropriate legislation to protect health (Etika, Perundangan Kesihatan dan Pendakwaan)
  5. Occupational safety and health (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  6. Food hygiene and safety (Kebersihan dan Keselamatan Makanan)
  7. Air and water quality (Kualiti Udara dan Air)
  8. Vector and pest control management (Pengurusan Pes dan Vektor)
  9. Hazardous and municipal waste management (Pengurusan Sisa Pepejal dan Berbahaya)
  10. Environmental hazards, disaster and emergency management (Pengurusan Persekitaran Berbahaya, Bencana dan Kecemasan)
  11. Transboundary and international health issue (Kesihatan Antarabangsa)

Laluan kerjaya anda bermula disini. Berikut dikongsikan syarat-syarat latihan bagi modul latihan dalam perkhidmatan bagi seseorang PPKP / inspektor kesihatan. Maklumat ini diambil dari website SPA. Untuk maklumat lanjut dan kaedah permohonan, anda dikehendaki melayari website SPA (Klik Disini). Bagi mendapatkan brochure mengenai Latihan Kesihatan Persekitaran (Klik Disini)

  • Jantina: Lelaki dan Perempuan
  • Tempoh Latihan: 3 tahun
  • Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tempat Latihan:
    • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
    • Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak
  • Syarat Latihan:
    • Warganegara Malaysia
    • Umur:
      • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
      • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Kelayakan:
      • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Keutamaan:
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
      • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas;
    • dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.




Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)/ Inspektor Kesihatan

Setelah berjaya dilantik anda akan ditawarkan pekerjaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-mana yang sesuai seperti yang tertera dalam kontrak pengajian anda. Setelah bertugas, laluan kerjaya anda dapat diteruskan sehingga ke peringkat Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan lain-lain skim perkhidmatan yang sesuai. Ringkasan maklumat kerjaya profesion seorang PPKP/ PKP dapat diterangkan dibawah ini (Maklumat diambil dari laman sesawang SPA)

  • Kumpulan:Pengurusan dan Profesional / Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
    U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
    U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
    U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    LANTIKAN KE GRED U29

      1. Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
      2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    LANTIKAN KE GRED U41

      1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
      2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.




  • Deskripsi Tugas:
    PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

    1. Pentadbiran
      1. Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
      2. Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
    2. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
    3. Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
    4. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
    5. Mengawasi kebersihan alam sekitar.
    6. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

    PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41
    Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:

    • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
    • Keselamatan dan kualiti makanan.
    • Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
    • Perundangan dan Penguatkuasaan
    • Pengurusan dan analisis data
    • Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
    • Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
    • Penyelidikan dan pembangunan
    • Merancang program intervensi

Contoh Kelas Teknikal Yang Perlu Dihadiri (Epi Info Introduction for Environmental Health Diploma)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *